Thursday, 13 June 2013

Keahlian untuk menyertai Alumni adalah automatik secara dasarnya berikutan tamatnya pengajian anda di MJII. Sehubungan itu, anda dikehendaki melaporkan diri, serta melengkap beberapa ruangan kosong di borang yang kami akan sediakan secara dalam-talian (on-line). Ini juga merupakan inisiatif kami untuk mengurangkan penggunaan kertas serta memantapkan pengurusan kami yang cuma bergerak secara sambilan.

Amanat Presiden Alumni

"Hubungan kita selepas berjaya menamatkan pengajian di MJII bukanlah setakat di kolej sahaja. Kita perlu teruskan untuk selamanya dan itulah tujuan Alumni untuk menghubungkan komuniti MJII dan bekas-bekas pelajar. Diharapkan kita mendapat pelbagai manfaat di dalam Alumni ini"

Muhammad Fahmi, Presiden Alumni MJII

MISI DAN VISI

VISI

Menjadi saluran untuk menghubungkan komuniti MJII bersama dengan bekas-bekas pelajar MJII.

MISI

1. Menjadi hubungan setempat antara MJII dan bekas-bekas pelajar.

2. Menabur bakti kepada masyarakat.

3. Mengeratkan silaturahim antara satu sama lain.

Copyright © Alumni MARA-JAPAN Industrial Institute