SETINGGI TAHNIAH KEPADA GRADUAN MARA-JAPAN INDUSTRIAL INSTITUTE



Alumni MARA-JAPAN Industrial Institute ingin menyampaikan setinggi-tinggi tahniah kepada graduan MJII yang baru melangsungkan majlis konvokesyen baru-baru ini di PICC, Putrajaya. Semoga perjalanan anda selepas ini lebih maju ke hadapan seiring dengan kejayaan anda bersama MARA-JAPAN Industrial Institute!
Thursday, 24 October 2013

MJII menyertai Perlumbaan IPMa Race 2013

MJII, Beranang,26 September 2013 - Pada tahun ini buat pertama kalinya, MJII akan menyertai perlumbaan kereta IPMa Race yang akan berlangsung di Melaka International Motorsport Circuit (MIMC). Perlumbaan ini akan bermula pada 3-6 Oktober. Kereta yang diberi nama Kaminari akan mempertaruhkan peluang untuk MJII menjuarai pelumbaan untuk edisi kali ini. 
Persiapan terakhir dilakukan oleh Sensei Zainal dibantu oleh para pelajar MJII. Gambar diperoleh dari blog MJII.
Thursday, 26 September 2013

Majlis Perasmian Penutup MSR


 Saudara Fahmi berkongsi pengalaman beliau sekaligus merasmikan majlis penutup Minggu Silaturrahim.


Pengarah baru MJII, En Marzuki menyampaikan cenderamata kepada Saudara Fahmi sambil disaksikan oleh Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar, En Walid.

MJII, Beranang - Pada 28 Jun 2013, Alumni telah diberi kepercayaan oleh MJII untuk merasmikan majlis penutup Minggu Silaturrahim untuk sesi kemasukan pelajar baru bagi penggal Jun-Disember 2013. Saudara Fahmi berbesar hati untuk berkongsi pengalaman beliau semasa di MJII ketika dahulu dan sekaligus merasmikan majlis penutup pada kali ini. Beliau berharap agar pelajar-pelajar baru tidak berputus asa dan sentiasa yakin akan kebolehan MJII dalam mebentuk pelajar yang berkemahiran dan berketrampilan.
Friday, 28 June 2013

Amanat Presiden Alumni

"Hubungan kita selepas berjaya menamatkan pengajian di MJII bukanlah setakat di kolej sahaja. Kita perlu teruskan untuk selamanya dan itulah tujuan Alumni untuk menghubungkan komuniti MJII dan bekas-bekas pelajar. Diharapkan kita mendapat pelbagai manfaat di dalam Alumni ini"

Muhammad Fahmi, Presiden Alumni MJII

MISI DAN VISI

VISI

Menjadi saluran untuk menghubungkan komuniti MJII bersama dengan bekas-bekas pelajar MJII.

MISI

1. Menjadi hubungan setempat antara MJII dan bekas-bekas pelajar.

2. Menabur bakti kepada masyarakat.

3. Mengeratkan silaturahim antara satu sama lain.

Copyright © Alumni MARA-JAPAN Industrial Institute