Friday, 28 June 2013


 Saudara Fahmi berkongsi pengalaman beliau sekaligus merasmikan majlis penutup Minggu Silaturrahim.


Pengarah baru MJII, En Marzuki menyampaikan cenderamata kepada Saudara Fahmi sambil disaksikan oleh Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar, En Walid.

MJII, Beranang - Pada 28 Jun 2013, Alumni telah diberi kepercayaan oleh MJII untuk merasmikan majlis penutup Minggu Silaturrahim untuk sesi kemasukan pelajar baru bagi penggal Jun-Disember 2013. Saudara Fahmi berbesar hati untuk berkongsi pengalaman beliau semasa di MJII ketika dahulu dan sekaligus merasmikan majlis penutup pada kali ini. Beliau berharap agar pelajar-pelajar baru tidak berputus asa dan sentiasa yakin akan kebolehan MJII dalam mebentuk pelajar yang berkemahiran dan berketrampilan.

Amanat Presiden Alumni

"Hubungan kita selepas berjaya menamatkan pengajian di MJII bukanlah setakat di kolej sahaja. Kita perlu teruskan untuk selamanya dan itulah tujuan Alumni untuk menghubungkan komuniti MJII dan bekas-bekas pelajar. Diharapkan kita mendapat pelbagai manfaat di dalam Alumni ini"

Muhammad Fahmi, Presiden Alumni MJII

MISI DAN VISI

VISI

Menjadi saluran untuk menghubungkan komuniti MJII bersama dengan bekas-bekas pelajar MJII.

MISI

1. Menjadi hubungan setempat antara MJII dan bekas-bekas pelajar.

2. Menabur bakti kepada masyarakat.

3. Mengeratkan silaturahim antara satu sama lain.

Copyright © Alumni MARA-JAPAN Industrial Institute