Thursday, 26 September 2013

MJII, Beranang,26 September 2013 - Pada tahun ini buat pertama kalinya, MJII akan menyertai perlumbaan kereta IPMa Race yang akan berlangsung di Melaka International Motorsport Circuit (MIMC). Perlumbaan ini akan bermula pada 3-6 Oktober. Kereta yang diberi nama Kaminari akan mempertaruhkan peluang untuk MJII menjuarai pelumbaan untuk edisi kali ini. 

Persiapan terakhir dilakukan oleh Sensei Zainal dibantu oleh para pelajar MJII. Gambar diperoleh dari blog MJII.

Amanat Presiden Alumni

"Hubungan kita selepas berjaya menamatkan pengajian di MJII bukanlah setakat di kolej sahaja. Kita perlu teruskan untuk selamanya dan itulah tujuan Alumni untuk menghubungkan komuniti MJII dan bekas-bekas pelajar. Diharapkan kita mendapat pelbagai manfaat di dalam Alumni ini"

Muhammad Fahmi, Presiden Alumni MJII

MISI DAN VISI

VISI

Menjadi saluran untuk menghubungkan komuniti MJII bersama dengan bekas-bekas pelajar MJII.

MISI

1. Menjadi hubungan setempat antara MJII dan bekas-bekas pelajar.

2. Menabur bakti kepada masyarakat.

3. Mengeratkan silaturahim antara satu sama lain.

Copyright © Alumni MARA-JAPAN Industrial Institute