- Back to Home »
- WorldSkills 2013, Leipzig, Jerman: Kontijen Malaysia
Tuesday, 25 June 2013
Kontijen Malaysia melaungkan "Malaysia Boleh" semasa upacara penyerahan Jalur Gemilang sebelum keberangkatan ke Jerman untuk Pertandingan World Skills 2013.
Gambar sumber daripada The Borneo Post
Alumni MJII ingin mengucapkan selamat berjuang dan semoga berjaya untuk kontijen Malaysia terutama kepada bekas pelajar MJII, Izzadin Rusyaimil Ahmad Mubarak yang akan mewakili Malaysia ke pertandingan World Skills 2013 yang akan berlangsung di Leipzig, Jerman. Beliau akan bertanding dalam kategori Electronic dan juga merupakan peserta pertama yang dihantar oleh Malaysia untuk mewakili dalam kategori tersebut. Sebelum ini, Izzadin juga pernah mewakili Malaysia dalam ASEAN Skills di Jakarta, Indonesia dalam kategori yang sama.